Tuesday, November 22, 2011

Kembar?


Entri kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman berada dalam satu majlis yang dipenuhi dengan ribuan Muslim dan perkara itu sangat menyenangkan hati saya. 

Siapa sangka majlis yang bila sampul tiketnya sampai ke rumah tak nampak grand dan mantop pun, meletup-letup hebatnya! Cuba tengok poster kat bawah ni.


Melihatkan poster, lebih kurang macam konsert-konsert 'Islamik' yang ada di Malaysia. Ternyata Twins of Faith ni bukanlah konsert, tapi lebih kepada pengisian atau talk, walaupun masih ada entertainment berunsur Islamik untuk tetamu yag hadir.

Pada awalnya saya nak datang hanya sebab ada Nouman Ali Khan dan juga Boonaa Mohammad. Tapi bila sampai kat situ, semua speakers yang dijemput memang bukan calang-calang orang. 

Talk yang diberikan hanya selama 20 ke 30 minit. Betul-betul mengisi jiwa-jiwa yang dahagakan sesuatu yang lain daripada yang lain. Tak penat jugalah nak dengar sebab setiap 30 minit, wajah yang bercakap dihadapan akan bertukar. Topik pun berbeza antara satu sama lain tapi dapat direlatekan.

Saya sangat terkejut sewaktu melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. 3/4 dewan dipenuhi oleh Muslimat dan Muslimin selebihnya. Walaupun ada anak kecil tapi itu tak melumpuhkan semangat para ibu untuk menyertai program ni. Sangat rasa kebersamaan apabila duduk di antara orang yang sama aqidah dengan kita walau berbeza warna kulit dan latar belakang.


Sejak mengetahui program ni saya memikirkan signifikan nama yang diberi oleh pihak penganjur: Twins of Faith. Yang terdetik dalam kepala saya, mungkin lebih kurang seperti interfaith talk, yang mengajar kita cara untuk berdialog dengan orang bukan Islam.

Bila sampai di ExCel London yang lebih kurang 15 minit dari rumah saya, paradigma saya terhadap program berubah serta merta. Rupa-rupanya, Twins of Faith ini berkaitan dengan dua elemen yang kita tahu, ilmu dan amal. Sejauh mana ilmu yang kita serap masuk dalam kepada membuahkan amal?

Kenapa pentingnya amal bila kita berilmu? Allah akan lihat amal kita, dan setiap amal tu yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Kerana pada masa kita beramal, kita akan dapat menjiwai role kita sebagai seorang hamba kepada Allah.

Nouman Ali Khan

Semasa saya berada di UK inilah baru saya mengenali beliau. Orang di UK dan Ireland semacam taksub padanya. Tapi saya harap tak taksublah. Mungkin kerana apa yang diberikan olehnya selalunya sangat dekat dengan kita.

Kalau masa usrah, nak present tafsir Al-Quran, mesti akan rujuk kepada tafsir Syed Qutd, tafsir Ibnu Kathir, dan juga tafsir yang diberikan oleh Nouman Ali Khan.

Sheikh Nouman merupakan orang yang mahir dalam bahasa Arab Al-Quran. Jadi kalau tafsir yang diceritakan olehnya, memang sangat mendalam. 

Basically, memang sangat bestlah!

Yang paling menyentuh hati saya apabila ada seorang penganut agama Kristian memeluk Islam pada hari itu dan ia berlaku dihadapan mata saya! 

Hampir menitis air mata, mengenangkan keadaan sosial yang semakin rosak disini, tapi masih ada yang inginkan Islam tu. Ternyata dia memeluk Islam kerana Islam dan bukan kerana orang Islam. Sokongan yang ditunjukkan melalui laungan takbir sudah cukup untuk menggambarkan ikatan ukhuwwah sesama saudara Islam.

Paling rindu apabila dapat memeluk dan menatap wajah-wajah yang dah lama tak saya lihat. Hanya bertanya khabar dalam telefon atau melalui ruang maya. Oh, rindunya!

Akhir kata, terimalah video yang tak berapa panjang, tapi cukup bermakna bagi saya.

video


2 sayings:

~HuSnA ZuBiR~ said...

bestnyaa...azna pn post psl twins of faith..tiru azna ek/? :PP heheh...btw, boleh record ke?? oo..curi2 ek?? :PP

alaaa..tringin la pulak nk pegi..bila la pulak dia akn ade eh? >.<
btw, ade ke tafsir nouman ali khan? nk jugakk..!

lightofserenity said...

tiru sikit. :P