Tuesday, December 27, 2011

Dubliners.


Alhamdulillah, setelah menghilangkan diri untuk beberapa minggu dari dunia blog, saya kini kembali di hadapan laptop sahabat saya untuk mengupdate tentang cerita di sebalik 'kehilangan' saya tu. 

Selama pemergian saya sejak 15 Disember yang lepas, banyak benda yang dah saya belajar secara 'indirectly' daripada Allah. Tarbiyyah dari Allah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan Dia mampu untuk mentarbiyyah kita dengan apa jua cara yang Dia suka.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai dari perjalanan fasa pertama untuk musim sejuk kali ini. Destinasi yang dituju ialah Dublin, bumi yang barakah dan subur dengan dakwah dan tarbiyyah.

16 Disember, saya dan Azna bertolak ke Manchester Airport dari Leeds. Saya beli tiket awal sebulan, maka  berjayalah untuk dapatkan reservation tempat duduk dalam tren. Tapi, bila masuk gerabak tren di Leeds yang penuh seperti sardin-sardin yang dimampatkan dalam tin, nampak seorang lelaki mat salleh cabut kad reservation tempat duduk saya.

Berderai la hati masa tu memikirkan saya akan berdiri lebih kurang sejam setengah sebelum sampai ke airport. Tapi terfikir jugak apa yang saya akan buat kalau saya dapat duduk pun? Bermanfaat ke untuk orang lain? Atau saya akan tidur jugak macam mat salleh tu?

Sampai di airport, saya dapat panggilan dari ahli rombongan dari London mengatakan mereka terlepas tren mereka kerana keadaan trafik yang sesak menyebabkan bas mereka terlambat selama 30 minit! Pada ketika itu, jam saya menunjukkan pukul 8.00 malam. Pukul 10.00 kapal terbang akan berlepas. Pukul 9.30 kaunter tiket dah tutup.


Risau bukan main lagi masa tu, memang serius habis! Pukul 9.20 saya buat keputusan untuk tinggalkan boarding pass seorang ahli rombongan kami di sebalik tong kitar semula. Kepala serabut, semuanya saya serah kepada Allah. Lepas dah diperiksa badan oleh makcik kastam, saya lihat info di skrin yang kapal terbang kami delay selama 15 minit dan alhamdulillah, semuanya selamat tiba di kawasan perlepasan.

Melihat bagaimana Allah menyusun setiap langkah perjalanan kami, Dia menghilangkan sedikit nikmat kepada rombongan yang lambat tadi, tetapi memberi kesan kepada setiap dari kami. Allah!

Sesampai kami di Dublin Airport, melihatkan wajah-wajah yang ceria menyambut kedatangan kami sangat mengharukan! Mereka sendiri yang datang tanpa kami pinta. Subhanallah! Sangat memuliakan tetamu mereka ini. No wonder Ireland ni bumi yang subur dengan dakwah dan tarbiyyah.

Tiga malam di rumah mereka sudah mampu untuk menyentuh hati saya. Walaupun perkara yang mereka buat itu sekecil-kecil benda, i.e menyelimutkan kami yang kesejukan di tengah malam. Kalau kita mesti biar je kawan yang tidur tak berselimut.

Banyak benda saya belajar kat Dublin. Cukup sekadar melawat rumah akhawati sudah membahagiakan diri. Tak payah jalan sight seeing pun di Dublin. Saya hanya ke pekan Dublin itu dua jam sebelum ke airport untuk pulang semula ke UK.

Oh, bahagianya melihat wajah-wajah yang ceria itu. Wajah-wajah itu juga yang saya rindui saat ini. Nikmat ukhuwwah yang Allah beri, tak siapa mampu menandinginya.

Sambungan berkenaan PMS akan dikemaskini dalam entri seterusnya insyaAllah. Doakan saya mampu siapkan ASAP.

2 sayings:

نور عزتي said...

hehehs ..
dan sy mmg xkan lupakan seorang ukhti yg siap pakaikan sy stokin dan selimutkan sy sbb sy tertidur tanpa sedar masa tu ..

Allah, sweet sgt mereka itu!!

^_^

lightofserenity said...

Can't deny that! They are superbly sweet!