Monday, December 12, 2011

Masak?


Bismillah.

Setiap dari kita mesti Allah bagi peluang untuk rasa pengalaman baru tak kira umur, warna kulit, agama, bangsa dan lain-lain lagi kumpulan yang dicipta oleh manusia untuk membezakan antara manusia.

Saya ada pengalaman yang ingin dikongsi bersama. 

Baru-baru ini saya dilantik untuk menjadi AJK Dapur bersama dua lagi sahabat-karib-dihati untuk satu program kecil. Kami perlu memasak untuk 80 orang, in which tak pernah buat pun seumur hidup kami! Mula-mula ingat boleh escape, tapi dapat dihidu pula jejak langkah kami. Adeh.

Maka dengan redha dan lapang hati, kami dengan gembiranya masuk ke dapur untuk menjalankan tugas. Dalam hati masih ada rasa nak escape, atas alasan saya ada exam Khamis depan dan juga ada satu assignment nak hantar pada hari yang sama.

Macam hebat sangat dapur ni.

Namun, Allah timbulkan rasa untuk berfikir pada saya: fikir apa yang akan jadi kalau saya back off dari tugas ini.

Adakah dua lagi rakan mampu masak untuk seramai 80 orang? Kalau mereka tak mampu, maknanya 80 orang tadi akan berlapar giga-tak-hengat! Bermakna juga, saya berdosa sebab tinggalkan mereka macam tu je di saat saya diberi tanggungjawab untuk bersama mereka di dapur.

Lepas merasionalkan diri, maka saya pun stay back untuk teruskan tugas memasak bersama dua orang ini. Kalau difikirkan secara logik, saya boleh nak balik rumah dan sambung belajar. Seorang dah mula cuti untuk Christmas. Seorang lagi memang tak ada kerja untuk hujung minggu tu.

Tapi saya tak yakin hati saya akan lepas dari perasaan bersalah terhadap dua kawan tadi. Mana mungkin dapat belajar kalau hati tak tenang, diulit perasaan bersalah walaupun cuba berkali-kali untuk deny perasaan tu.

Atas dasar ukhuwwah sahaja perasaan ini akan timbul. Percayalah. Persahabatan tak mampu menandingi kuasa ukhuwwah.



Ukhuwwah Teras Kegemilangan, kata IKRAM.

Saya yakin dan percaya, apabila seseorang merasai kemanisan ukhuwwah itu sendiri, dia akan menolak semua kepentingan dirinya untuk orang lain. Semua yang dia ada perlu dikongsi bersama orang lain.

Berbanding dengan orang yang hanya merasai persahabatan, masih timbul dalam hati perkara-perkara untuk kepentingan diri sendiri.

Hanya orang yang berukhuwwah mampu untuk memikirkan tentang orang lain tanpa memikirkan tentang dirinya.

Percayalah kerana diri ini pernah merasai keduanya dan ternyata, ukhuwwah itu manis tahap giga berbanding persahabatan.


Cuba dulu, baru tahu! :)

0 sayings: