Malam ini macam pesta untuk saya menulis dalam blog sendiri. Obsesi terhadap blog sendiri melahirkan perasaan membuak-buak untuk menulis. Lepas satu, satu lagi bersedia untuk ditulis. Idea mencurah-curah macam air terjun.
Mungkin juga untuk memenuhkan archive Disember saya yang terlampau sikit berbanding orang lain yang sangat komited untuk menulis for the benefit of others. Kudos to them for I have failed to do so. Sobs.
Selepas menulis dua entri untuk hari ini, saya membuat keputusan untuk menulis yang ketiga, menceritakan tentang pengalaman saya melawat Liverpool, Edinburgh dan Newcastle. Kesemuanya dengan menaiki tren dan memiliki insiden tersendiri untuk sampai ke tempat tersebut.
Selepas berPMS, saya dan Azna membuat keputusan untuk pulang ke Leeds, berehat selama 3 hari sebelum kembali berjalan ke serata UK. Dan selama 3 hari tersebut saya diserang demam panas, selsema berlari serta batuk yang berpanjangan. Complete package!
Alhamdulillah, malam sebelum bertolak ke Liverpool, kesihatan saya semakin baik. Paginya dengan bergembira saya dan Azna ke Liverpool berserta dengan sarapan pagi ditaja oleh Subway. (apakah?)
Sampai Liverpool, kami terus ke hall Mulberry kepunyaan Aleena, seorang junior di Liverpool. Walaupun baru tahun pertama, layanan dia terhadap kami hebat! Siap benarkan kami tidur kat bilik dia dan dia tidur di bilik kawannya. Best!
Tempat pertama yang dituju ialah Anfield, iaitu stadium kepunyaan pasukan ternama Liverpool. Tak bermakna saya sokong pasukan Liverpool. Sekadar melengkapkan lawatan saya ke setiap stadium ternama di UK.
The Kop
Tangkap gambar, beli cenderahati sikit dan terus bergerak ke rumah seorang junior yang kami jumpa di PMS iaitu Ain. Ain 'paksa' kami untuk makan tengahari di rumahnya maka kami pun penuhilah hajatnya. Sedapnya ayam masak merah dan nasi biryani, especially bila baru baik demam.
Lepas Maghrib kami ke Liverpool One. Lebih kurang macam Oxford Street tapi lebih berpusat. Tak perlu jalan melalui satu jalan yang panjang untuk ke kedai lain. Liverpool One ni macam satu kompleks beli-belah lebih kurang. Sempat singgah di kedai Everton untuk beli cenderahati sebab tak berpeluang ke stadium Everton.
Winter Wonderland at Liverpool One.
Esoknya, kami ke kedai Next sebelum ke Liverpool Lime Street Station sebab Azna terbeli knitted cap yang rosak, jadi nak tukar dengan yang baru dan lebih elok. Saya pula konfiden yang teramat konfiden tren kami pukul 10.19 pagi. Bila sampai stesen tren pukul 10.10 pagi, baru saya sedar tren kami sepatutnya pukul 9.22 pagi!!!
Alahai! Macam mana ni! Saya dah risau berdebar tak hengat! Azna tak habis-habis ulang, "Tu la, lain kali tengok kat e-mail." Tengah sedih-sedih pun kena zass.
Dengan penuh berserah dan doa yang tak putus, kami pun naik la tren pukul 10.22 ke Manchester Oxford Road. Bila konduktor tren datang untuk cek tiket, saya pun explain kat dia kesilapan mata saya tengok masa tren.
Dengan senyuman, dia kata "I'm okay with it, but I'm not sure whether you can catch the train in Manchester. Probably you have to buy a new ticket."

Alhamdulillah. Selesai satu dugaan. Sepanjang perjalanan dari Liverpool ke Manchester tu, saya sibuk cari tiket tren yang murah untuk ke Edinburgh, tren atau bas. Azna pula cari masa untuk tren seterusnya ke Edinburgh. Bila tengok harga tiket, seorang kena bayar dalam £75! Waktu tu saya rasa memamg saya yang salah, jadi sayalah yang patut bayar part Azna tu. Mata saya yang tak nampak pukul 9.22 tu, bukan mata dia.
Bila sampai Manchester Oxford Road station, kami pun terus ke kafe yang berdekatan untuk minum air panas memandangkan tren kami yang seterusnya akan sampai pada pukul 12.19.
Saya sangat rasa diuji pada ketika itu. Secara spiritual, fizikal dan spiritual. Hanya Allah saja tempat untuk kita bergantung, tapi biasanya pergantungan kita kepadaNya hanya pada waktu susah. Sangat reflek keadaan diri dengan statement saya ni.
Selamat naik tren pukul 12.19, konduktor untuk tren tu pun bergerak untuk memeriksa tiket. Bila sampai kepada kami, saya pun mula menceritakan kisah sedih kami. Debaran dalam hati saya memang hanya Allah saja yang tahu.
"I've asked the guy on our last train and he said that we could catch the next train," kata saya.
"Next time please ask the conductor on the train. Others might not know anything to tell you the truth. This time I will let you go but not next time okay?" katanya lebih kurang macam ini lepas saya paraphrase.
Allah! Alhamdulillah, alhamdulillah, thumma alhamdulillah! Syukur yang tak terhingga. Allah tarik nikmat saya dalam sekelip mata dan pulangkannya pada kerlipan kedua. Dalam kepala sebelum tu dah fikir berapa bulan saya kena jimat untuk cover duit beli tiket on-the-spot.
Memang Allah mampu untuk mentarbiyyah kita di mana-mana, pada bila-bila masa yang Dia nak!
Sampai di Edinburgh, muka yang dah 3 bulan saya tak nampak datang untuk mengambil kami. Kali terakhir berjumpa di Malaysia, itu pun kerana kami tinggal dalam kejiranan yang sama. Hanizs Amira! Rindu sangat kat dia ni, kawan dari sekolah rendah!
Dia bawa kami ke Hard Rock Cafe sebab saya nak beli pin HRC, kemudian makan Fish n Chips di food court berdekatan dengan stesen Edinburgh Waverly. Lapar sangat sebab kami tak makan tengahari pun, tak sempat. Minum air kosong saja dalam tren.
Pulang ke rumahnya, Hanizs host terbaik! Rumahnya besar tapi sebab tinggal dengan mat salleh, maka rumahnya kosong. Semuanya pulang ke rumah keluarga masing-masing untuk Krismas. Nampak kotak hitam bergambar, kami pun berkampung di ruang tamunya.
Perut bekeroncong dan Azna pula tak habis-habis nak something soupy, jadi saya pun buatkan Maggi Tom Yum untuk kami bertiga. Memang sedap, nak pula bila sejuk-sejuk.
Esoknya, Hanizs bawa kami ke Edinburgh Castle, Calton Hill dan juga kedai yang jual Fried Mars Bar. Macam pisang goreng rasanya! Subhanallah, lawa sungguh Edinburgh!
Kemudian, kami bergegas pulang untuk berkemas-kemas sebelum ke stesen untuk meneruskan perjalanan terakhir ke Newcastle. Sempat pula dia sediakan makan tengah hari, mee rebus Johor. Memang terbaik!
Hanizs tak mahu sendirian jadi dia pun bercadang untuk ke Bradford pada hari kami tiba. Maka secara tak sengaja kami berada dalam satu tren yang sama. Sepanjang perjalanan, sempat lagi kami bercerita sebelum masing-masing meneruskan perjalanan sendiri.
Kami tiba di Newcastle pada pukul 3.2 petang. Dah gelap nak Maghrib masa tu. Azna pula tiba-tiba demam panas balik. Sempatlah kami ke St James Park stadium iaitu stadium kepunyaan pasukan Newcastle United dan juga Millennium Bridge yang terkenal.
Tren kami pulang ke Leeds pada pukul 9.55 malam. Pukul 8 malam kami habis berjalan dalam hujan lebat, sesat pula tu dalam bandar Newcastle. Nak tunggu tren hampir 2 jam membuatkan kami beku kesejukan di stesen Newcastle.
Ada bilik menunggu tapi masih sejuk. Saya cuba cari bilik menunggu yang ada pemanas tapi itu pun setelah sejam berada di bilik menunggu yang macam peti sejuk tu. Menunggu sehingga pukul 9.55 adalah saat-saat yang paling menguji kesabaran. Kalau ada kuasa mungkin saya dah panggil pakcik pemandu untuk bawa kami pulang secepat mungkin.
Bukanlah saja untuk menunjuk betapa saya mampu untuk berjalan ke seluruh pelusuk bumi UK. Tapi disebalik cerita saya ini, yang penting adalah bagaimana Allah mengisi ruang-ruang 'kosong' dalam hidup kita untuk memberikan sesuatu yang berguna.
Sweetkan Allah? :)

Edinburgh Castle

Millennium Bridge
Newcastle United Official Store
Tren kami pulang ke Leeds pada pukul 9.55 malam. Pukul 8 malam kami habis berjalan dalam hujan lebat, sesat pula tu dalam bandar Newcastle. Nak tunggu tren hampir 2 jam membuatkan kami beku kesejukan di stesen Newcastle.
Ada bilik menunggu tapi masih sejuk. Saya cuba cari bilik menunggu yang ada pemanas tapi itu pun setelah sejam berada di bilik menunggu yang macam peti sejuk tu. Menunggu sehingga pukul 9.55 adalah saat-saat yang paling menguji kesabaran. Kalau ada kuasa mungkin saya dah panggil pakcik pemandu untuk bawa kami pulang secepat mungkin.
Newcastle Train Station
Bukanlah saja untuk menunjuk betapa saya mampu untuk berjalan ke seluruh pelusuk bumi UK. Tapi disebalik cerita saya ini, yang penting adalah bagaimana Allah mengisi ruang-ruang 'kosong' dalam hidup kita untuk memberikan sesuatu yang berguna.
Sweetkan Allah? :)

0 sayings:
Post a Comment