Friday, December 09, 2011

Tomato.


Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau dulu, kita lihat filem-filem hanya diterbitkan oleh orang-orang yang sememangnya 'pakar' dalam bidang perfileman. Contoh, P. Ramlee menerbitkan filem. Bukan setakat itu, dia juga merupakan pelakon dalam filem-filemnya.

Sehingga kini, filem-filemnya masih menjadi 'hit', tak kira golongan apa sekalipun. Muda, tua, kecil, besar, Melayu, Cina, India. Semua menggemari filem P. Ramlee.

Sekarang, kalau kita tengok, buka saja YouTube, berjuta-juta video tersimpan disitu. Beribu-ribu video dimuat naik hampir setiap jam.

Tak perlu jadi 'pakar', cukup sekadar 'tahu' kalau sekarang ini. Tahu apa nak buat, siaplah satu video untuk dimuat naik. Tahu nak pakai software apa, secara automatik, dia akan jadi 'rujukan' untuk para pembuat video yang amatur.

Semalam, saya menonton satu filem pendek yang dibuat oleh seseorang di Korea kalau tak silap saya. Pendek tapi sangat bermanfaat. Sangat tersentuh.

Isu yang disentuh, memaafkan orang lain. MasyaAllah.

Tak nak cakap banyak. Silalah tengok sendiri. :)


"Tomato"

2 sayings:

Dai said...

made by ahmad zulhilmi sobri in Beijing, China =)

lightofserenity said...

thank you dai! jazakillah khayr!
akan dibetulkan soon :)