Selesai sudah sesi bulatan gembira (read: happy circle) saya pada malam tadi untuk minggu ini setelah 3 minggu tidak berbulatan bersama-sama. Cuti yang panjang banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang disusun untuk mengisi rohani diluar bulatan gembira ini.
Sungguh, perasaan bila berjauhan dengan ahli bulatan terasa rindu yang teramat sangat. Inilah yang dipanggil ukhuwwah. Bila berjauhan, kita akan terkenang wajah-wajah yang duduk lutut bertemu lutut dengan kita. Kita sentiasa memikirkan tentang mereka, i.e sihat ke tak, dah makan ke belum.
Perasaan ini hanya dapat dirasa bila kita berbulatan gembira sahaja. Percayalah kerana saya sudah merasai perasaan sebelum berbulatan gembira dan sesudah berbulatan gembira.
Kenapa saya suka berbulatan gembira? Sebab bila berbulatan yang menggembirakan inilah iman saya dicharge kembali. Tak perlu minum Redbull, Lucozade, 100 Plus mahu pun minuman bertenaga yang lain.

Kalau belum cuba, saya cadangkan untuk anda pergilah terjah, join je bulatan sesiapa. Kalau rasa satu bulatan tu tak macam yang saya terangkan, cari bulatan lain sehinggalah anda rasa ianya bersesuaian dengan anda.
Ehh... Kenapa saya bercerita tentang bulatan gembira pulak ni?
Manusia ada kelebihan untuk mengadakan 'circle of influence' masing-masing. Tanpa kita sedari, sebenarnya kita sudah ada 'circle of influence' yang tersendiri, sama ada sama atau berbeza secara total dengan orang lain.
Famili kita, kawan-kawan sekelas, kawan-kawan sesekolah, kawan-kawan sepejabat, kawan-kawan setaman permainan... (apakah?)
Pokoknya, bila mana kita mula bersosial dengan orang lain selain dari diri kita sendiri sebenarnya kita mewujudkan 'circle of influence' kita sendiri. Bila mana kita mampu untuk meyakinkan mereka dengan sesuatu pendirian atau pemikiran kita.
Sejauh mana kita gunakan 'kuasa' yang kita ada itu ke atas mereka? Apa yang biasanya kita buat dengan mereka?
Hassan al-Banna sendiri mempunyai circle of influence. Bermula di kedai kopi, dia mula menceritakan tentang islam yang sebenar, setiap hari lebih kurang 10 ke 15 minit. Dan setiap hari itulah orang-orang kat kedai kopi tertunggu-tunggu kehadirannya.
Persoalan kat sini, sejauh mana kita menggunakan circle of influence kita itu ke arah kebaikan? Sejauh mana kehadiran kita memberi manfaat dalam hidup mereka?
Bulatan gembira merupakan salah satu cara untuk membawa circle of influence kita ke arah yang sepatutnya, bagi saya. Dalam bulatan kita bincang banyak perkara, dari ayat Al-Quran, kepada hadith sehinggalah kepada masalah seharian kita. Dan kasih sayang yang terbina terkadang melebihi kasih kepada saudara sedarah daging dengan kita.
Siapa yang tak pernah rasa tak boleh cakap apa perasaan berada dalam bulatan gembira oh yeah! Kalau tak itu dah kira fitnah untuk orang yang berada dalam bulatan ini. (boleh ke cakap macam ni?) Percayalah, berbulatan gembira itu memang sangat menggembirakan dan meriangkan!
Apa lagi daya yang kita ada untuk mendeny tugas yang Allah dah beri sejak azali lagi ni? Memang kita kena buat, hendak ataupun tidak. Kita ni cuma hamba Allah yang hina dina, tak ada kapasiti apa pun untuk tak buat apa yang Allah suruh.
And it is also my job to tell you what you should know but you did not.

0 sayings:
Post a Comment