Hari ini saya ada presentation dalam Bahasa Perancis. Susah? Sangat susah untuk saya, berbelit lidah nak menyebut perkataan-perkataannya. Huruf 'R' yang pekat menyebabkan tekak dan langit mulut saya kepedihan.
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."
Ketika di sekolah menengah, saya pernah belajar bahasa asing yang sangat klasik ini, seklasik buku William Shakespeare dan William Wordsworth, malah Bahasa Perancis 'hidup' lebih lama daripada penulis-penulis yang terkenal ini.
Hanya kerana Madame yang mengajarkan bahasa ini kepada saya garangnya seperti seorang singa yang kelaparan kerana sudah berhari-hari tidak makan, maka belajar bahasa ini pada ketika itu bermaksud belajar sekadar untuk peperiksaan, bukan untuk aplikasi dalam hidup di kemudian hari.
Ternyata sekarang saya ada perasaan menyesal itu. Menyesal kerana tidak fasih bercakap dalam Bahasa Perancis walaupun pernah belajar selama 4 tahun.
Seperti yang akan dilakukan oleh pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, saya juga turut membantu dalam mempromosikan negara kita kepada orang disini. Presentation saya bertajuk 'Mon Pays, Malaisie' yang bermaksud 'Negara Saya, Malaysia'.
Menceritakan tentang Kuala Lumpur serta Menara Berkembar Petronas (les tours jumelles de Petronas) memang tak menarik dalam French. Ayat macam keanak-anakan sikit.
Sebenarnya saya nak cerita pasal seorang kawan saya, berada dalam kelas conversation sama dengan saya. Berasal dari Kazakhstan. Pelik bila saya sebut Kazakhstan? Anda akan lebih pelik bila dia cakap bahasa dia.
Kawan saya ini, tajuk presentationnya ialah 'Mon Gâteau' atau 'Kek Saya'. Dia mula dengan menunjukkan gambar hasil keknya yang terpapar di telefon skrin sentuh HTC miliknya. Lawa dan kemas serta nampak sedap, lebih kurang macam ni.
Cuma gantikan buah pic dengan buah oren. Sama betul dengan gambar dia, atau mungkin dia menggunakan perkhidmatan Google Image.
Dia siap bawa sampel kek yang dia buat. Saya pula kebetulan berpuasa, jadi yang mampu saya buat cuma telan air liur je la. Oh, dan sebab krim pada kek tu, dia buat guna brandy, sejenis alkohol. Another reason to say 'no' to her.
Yang saya nak cerita bukanlah kesedapan kek dia seperti yang didemonstrasikan oleh cikgu saya, tapi kepekaan dia terhadap kawan sekelasnya yang beragama Islam.
Bila saya dan seorang lagi kawan Muslim menolak untuk tidak makan keknya, dia terus tersedar dan memohon maaf kerana dia terlupa kami tak boleh ambil alkohol. Dia kata dia pun tak minum alkohol, cuma kek yang dibuat ini untuk kawannya.
Satu benda yang saya belajar daripada dia: menjadi sensitif terhadap orang sekeliling.
Terkadang kita memberi kepada orang tetapi orang tu menolak benda-benda yang kita bagi atas alasan 'dah kenyang', 'segan', 'malu' dan sebagainya. Tapi adakah apa yang mereka katakan itu benar atau hanya alasan semata?
Adakah kita cukup peka untuk perasan perubahan reaksi muka mereka? Perubahan bahasa badan dan tutur kata mereka?
Mereka sendiri memohon maaf atas kesilapan mereka sendiri kerana tidak sensitif dengan rakan sekelas dan sebagainya. Kalau kita, mesti buat tak tahu dan berdiam diri saja.
Kita mengimpikan perubahan yang besar dalam dunia hari ini. Tapi percayalah, perubahan itu akan berlaku sekiranya kita melakukan perubahan dalam diri kita dahulu.
Firman Allah,
Surah Ar-Ra'du [13:11].
"[...] Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan pada diri mereka sendiri [...]."
Saya masih belajar untuk menjadi lebih peka dan untuk beruah menjadi lebih baik. Anda bagaimana?

0 sayings:
Post a Comment