Assalamualaikum.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, Rasul junjungan kita yang mulia.
Hari Jumaat yang lepas, saya membawa tetamu tercinta dari Rusia ke stesen Euston kerana mereka akan ke Birmingham pada hari yang sama. Dalam perjalanan kami bertukar-tukar cerita dan pengalaman sepanjang disentuh oleh satu kuasa yang dinamakan tarbiyyah.
Dipelusuk bumi mana pun, Allah masih ingin menyelamatkan kita dan memberikan peluang kepada kita untuk berubah dengan mengadakan sekelompok muslimin yang berjuang untuk agamaNya. Walau dimana sekalipun, pasti ada orang Islam yang membuat amal ma'aruf nahi munkar.
Walaupun baru pertama kali berjumpa, namun atas dasar aqidah yang sama tidak membuatkan kami janggal dengan satu sama lain. Malah, saya rasa seperti sudah lama kenal dengan mereka.
Berat hati nak melepaskan mereka pergi. Hati saya sebak masa tengok mereka masuk dalam tren yang akan membawa mereka ke Birmingham New Street pagi itu. Hm..mungkin inilah kemanisan ukhuwah yang biasa orang ceritakan tu.
Selepas sedia menghantar mereka, saya terus ke Regent Street sebab nak beli barang keperluan saya dan kemudiannya nak berjumpa dengan housemate di gerai apam balik berhadapan dengan Tottenham Court Road station.
Setelah selesai urusan yang kurang pening di Regent Street, saya pun bergegas menaiki bas ke arah Tottenham Court Road tapi bas yang dinaiki tu tak membawa saya ke sana. Jadi, saya turun di hadapan Apple Store dan berjalan ke arah NikeTown untuk naik bas yang dapat bawa saya ke Tottenham Court Road.
Dalam berjalan ke arah perhentian bas, saya ternampak HSBC. Teringat pagi tu orang Russia bagi saya duit sebab belikan tiket tren dan bas mereka ke Birmingham dan Leeds.
Saya bukanlah jenis yang suka bawa cash banyak-banyak dalam poket sendiri. Maka saya pun masuk ke dalam HSBC untuk bank in duit ke dalam akaun saya. Kalau nak bank in, perlu debit card. Saya pun seluk poket jaket untuk dapatkan card holder Harrods berwarna merah saya.
Seluk punya seluk, tak ada! Selongkar pulak beg saya, pun tak ada! Perasaan dan fikiran berkecamuk serta tak tenteram. Pening saya fikir macam mana nak balik rumah. Tak ada Oyster (macam kad Touch n Go), duit pun tak ada sangat.
Saya pun mesej salah seorang kawan yang akan saya jumpa di gerai apam balik tu. Saya akan ke sana tapi nak cari dulu card holder saya yang hilang tu. Bila fikir balik, tercicir di tempat yang memang ramai orang lalu, harapan tipis tapi saya nak juga usaha untuk cari.
Haruslah tak jumpa. Sedih. Saya terus ke HSBC untuk bekukan akaun bank. Kemudian baru jumpa kawan saya di gerai apam balik. Balik pun naik bas dengan tiket berharga £2.30 sebab tak ada Oyster, dari perhentian bas berjalan kaki balik ke rumah.
Tapi saya tetap bersyukur Allah menarik nikmat tu daripada say.
Allah dah beri saya pelbagai nikmat yang sangat menyenangkan saya. Bila Allah tarik nikmat ni, saya dapat rasa Allah nak membersihkan hati dari segala macam benda berbentuk keduniaan. Despite it being in a form of bank cards and reward cards, saya masih rasa Allah nak saya fokuskan hidup untuk terus beramal untuk akhirat nanti.
It is a hassle to call the banks to freeze your account, to make a new Student ID, to trace back your reward cards and so fort, but everything in the whole process is a tarbiyyah for you. A direct tarbiyyah from Allah to you.
Walaupun sesuatu benda yang jadi tu kita tak suka, boleh jadi ia yang terbaik untuk kita pada masa itu.

0 sayings:
Post a Comment