Sunday, November 8, 2009

DOE Trial Expedition.

Saat yang dinanti-nantikan. Lamanya tunggu sampai giliran kami nak pergi ekspedisi ni. Kumpulan saya ada enam orang, dua lelaki dan empat perempuan. Tapi seorang tarik diri di saat-saat akhir. Jadi yang tinggal, dua lelaki dan tiga perempuan.

Dari kiri : Azna, saya, Kasyful, Daeng, Wani.

Perjalanan hari pertama memenatkan juga. Tapi disebabkan stamina kumpulan kami berada dalam tahap yang memuaskan, maka kami teruskan perjalanan tanpa henti kecuali di stesen minyak Esso dan juga di gerai cendol berdekatan dengan kem PLKN di kawasan Kuala Kubu Baru.

Gerai cendol dan ABC.

Kami bertolak dari drop point pada pukul 3 petang dan sampai di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 5. Dengan kehadiran Putera Gunung Tahan dalam kumpulan kami, maka kami lebih santai dalam ekspedisi berbanding dengan kumpulan lain.

Perjalanan hari pertama.

Malam tiba. Selepas solat Maghrib, hujan mula turun dengan lebatnya. Namun, kami dapat menghadapinya kerana sesampainya kami di situ, kami dirikan tempat berteduh untuk kami sediakan makan malam. Putera Gunung Tahan memang berpengalaman! Portable stove menjadi penyelamat kami. Menu makan malam kami adalah nasi goreng kampung, kurma kambing serta sup cendawan.

Putera Gunung Tahan!

Hari kedua amat memenatkan. Kami perlu berjalan sebanyak 15km kalau saya tak silap. Memang penat la. Saya yang baru pulih dari kecederaan kaki ni, terasa sakit balik. Daki bukit, turun bukit, masuk kebun buah, kebun sayur, ladang getah dan kelapa sawit. Memang penat sangat! Tapi terasa kami sangat fit sebab kami jalan tanpa henti kecuali di stesen minyak.

Dinner!

Makan tengah hari, kami masak maggi kari. Sedap! Dan juga cucur lemak manis. Kami mulakan perjalanan semula pada pukul 2.15 dan sampai di kolej pada pukul 4. Jalan tanpa henti lagi. Kami memang hebat!

Khemah tiga dara

Saya sayang kumpulan saya! Saya harap pada qualifying expedition nanti, pengalaman yang lebih indah akan dikongsi bersama. Tak sabarnya!!!

Tuesday, November 3, 2009

Exam Fever.

Well, the AS has already started for the past few weeks. 2 weeks if I am not mistaken. My paper started the first though, on 12th of October. That's Psychology Paper 1. No brief comment. Well, I hope CIE did gave us extra time to finish off the paper. That's mean okay?!

Then, came Friday the 16th, Psychology Paper 2. I was glad that the night before, I did went through the past paper. It turned out that when I flipped through the question paper that day, it was almost the same as the past paper. So, it was a BIG advantage for me. I hope it did help me. I hope to get an A!!! No more re-sitting!!!

Accounting was HORRIBLE! No brief comment as I am desperately wanting to RE-SIT! There! I've made up my mind to re-sit. That tells you how bad it did went.

Accounting MCQ coming up on Thursday the 5th and the next day will be Literature on Poetry and Prose. I do hope to do extremely better than before. Working hard on it now. Having absolute no life! Did I mention absolute? Well, not really absolute...

Wednesday, October 21, 2009

Future.

Sekarang musim peperiksaan sudah tiba. Setelah berhempas pulas hampir empat bulan (termasuk cuti awam dan cuti kecemasan, i.e cuti H1N1) , pelajar-pelajar Senior kolej saya kini sibuk menelaah pelajaran. Maklumlah, peperiksaan kali ni, ada yang perlu mengambil semula kertas-kertas kerana keputusan yang tak best.

Saya juga salah seorang daripada mereka.

Saya tak mahu ulang kesilapan lepas. Kurang usaha, maka keputusan pun kurang. Mungkin ada sedikit pincang dalam usaha yang lalu. Akibatnya, menangis seharian tanpa henti, termasuklah dalam tidur. Malah, saya turut mengalami mimpi ngeri.

Saya impikan masa depan yang cerah. Pernah sekali saya rebah, tak mahu lagi bergerak ke depan, hanya kerana keputusan peperiksaan itu. Saya putus asa, tidak percaya pada diri sendiri, malah saya turut ingin menamatkan pengajian dengan serta merta. Hilang minat nak belajar. Atau kata lain, sudah tawar hati.

Tapi, mujur la ada pemberi semangat atau booster untuk belajar. Sahabat-sahabat yang tidak pernah putus asa terhadap saya. Mereka percaya saya boleh berjaya. Sabar mereka melayan tingkah laku saya, walaupun kadang-kadang menyakitkan hati. Terima kasih!

Bila saya lengkapkan borang permohonan UCAS beberapa hari yang lepas, saya mula percaya pada diri yang saya juga boleh berjaya seperti sahabat-sahabat yang kini berada di United Kingdom. Saya akan meneruskan pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris, dan sudah membuat keputusan muktamad terhadap pilihan universiti.

1) University of Aberdeen, Scotland.
(tempat paling dekat dengan Kutub Utara. Sejjjuuuukkkk!)

2) University of Greenwich, London. (rasa macam tempat ni seronok je, tak dalam bandar sangat.)

3) University of East London. (nak dekat dengan Yana dan Nea!)

4) Birmingham City University.
(pilihan terakhir sebab nak gantikan University of Bolton!)

5) Manchester Metropolitan University.


Sekarang saya nak doa banyak-banyak agar rezeki saya terbuka luas untuk ke bumi United Kingdom. Sekurang-kurangnya, nak buat Eurotrip dengan sahabat-sahabat boleh jadi kenyataan. Working hard on it now!

O Allah, if studying abroad is the best for me, please give blessings to all my hard work. If it is not, make me a strong person. Please bless all my friend's hard work too.

Saturday, October 17, 2009

Laporan Rumah Terbuka.

Bila diri terasa gagah sikit, mula la tongkat sakti dilupakan. Sejak beberapa hari ni, saya rasa macam dah jadi gagah perkasa balik. Kesihatan pulih macam zaman dulu. Dah mampu nak berjalan jauh tanpa bantuan tongkat sakti.

Pagi tadi, saya ke rumah Puan Halijah bersama Azna. Nak membantu rewang kononnya. Tapi akhirnya tolong susun kerusi dan meja saja. Lepas datangnya makhluk empat orang, barulah bermula kerja-kerja di bahagian dapur. Banyak isu dibangkitkan, terutamanya isu telur.

Mulanya, rasa macam dah okay je kaki saya. Jadi saya pun angkat la kerusi dan meja untuk disusun di luar perkarangan rumah guru tersayang. Tapi dah lepas beberapa minit, kaki saya lenguh. Ah! Down. Tensi saya dibuatnya.

Pukul 3, orang nak datang rumah terbuka, kami pulang. Azna nak membersihkan diri. Saya pun nak berehat sebentar. Last-last tertidur sampai la pukul 5. Lambat juga la sampai rumah Puan Halijah. Nak makan rojak buah, tapi yang tinggal masa tu rojak timun je. Orang ambil buah, tinggalkan timun.

Pun begitu, rasa beruntung juga sebab dapat makan laksa dan makanan-makanan lain sebelum dijamah orang lain ketika lunch. Saya dengan bahagianya makan laksa bersama dengan rendang daging. Mungkin laksa Puan Halijah kurang pedas, atau memang tak pedas langsung. Sedap bila dimakan dengan rendang.

Hari ni, perut saya bergembira selepas beberapa hari tak dapat makanan sedap. Maaf ye perut! Kita makan apa yang ada depan mata. Saya malas nak mencari.

P/S: Menyesal tak balik minggu ni. Banyak rumah terbuka yang boleh saya pergi. Makanan dijamin sedap-sedap belaka. Down.

Wednesday, October 14, 2009

Scratches.

Sejak entri terakhir saya, saya berjaya meneruskan kehidupan dengan aman dan damai di bumi KYUEM ini. Walaupun fizikalnya saya seperti semakin pulih, namun bahagian emosi pula yang banyak terganggu. Ekstra sensitif pula saya sekarang. Cakap sikit dah terasa. Tapi saya simpan sendiri.

Saya rasa semakin kuat. Mungkin faktor tenaga-tenaga positif di sekeliling saya. Fizikalnya saya masih kurang upaya. Tongkat sakti menjadi saksi. Tanpa kehadiran tongkat sakti, tidak bermaknalah hidup saya disini.

Semakin kuat kerana terbaca satu entri di blog sahabat saya. Sebelum ni, dia tiada masa nak kemaskini blog. Katanya, pengurusan masa yang kurang teratur. Jadi, petang itu dia hantar pesanan ringkas pada saya.

"I've just posted something on my blog. Do read."

Lebih kurang macam tu la katanya. Petang itu, selepas selesai menunaikan solat dan mengemas diri, saya pun buka la blognya. Entri terbarunya menyentuh hati saya. Untuk baca, klik disini.

Dia belajar sesuatu melalui sahabatnya yang sakit.

Saya tersentuh lalu berfikir sendiri. Saya patut jadi seperti sahabatnya. Tidak berputus asa dan terus bermujahidah. Apalah erti diuji tetapi tidak berusaha untuk lulus dalam ujianNya? Ujian yang saya terima, terbaik untuk saya. Jadi mengapa mengeluh?

Saya masih cuba belajar untuk menerima diri yang kurang sempurna untuk sementara waktu ini. Saya ingin pulih secepat mungkin. Tak ingin susahkan sesiapa lagi. Mungkin peringkat awalnya semua sedia membantu. Cuba lihat 2, 3 minggu lagi.

Mungkin saya bergerak sendirian ke sana ke mari.